Di atas runtuhan kota Melaka, kita dirikan sebuah negara .
Negara memerlukan anda. Mainkan peranan anda sebaiknya. Tapi sebelum itu anda perlu tahu di mana kedudukan anda. Sebenarnya bukan anda sahaja. Kami juga. Mari kita bina negara bangsa kita dengan ikhlas. Biarlah orang lain memperdagangkan bakti mereka. Inilah sumbangan yang akan kita bentangkan di hadapan Allah kelak.
Suria muncul di pagi hari Kita bangun sederap kaki Menara bangsa akan kita bina Perkasa tiada rebah lagi Mentari sudah ada di sini Pasti bersinar beribu tahun lagi Biar berhembus angin sangkakala Malam pasti tiada datang Rimba akan terus hijau Unggas riang ria berkicau Air jernih meriak di sungai Udara nyaman tenang di rongga Darah kembali berharga Merah buat penyeri muka Embun jernih menitis di bibir Kasih sayang jadi milik semua Kita bebas terbang laksana burung Terikat hanya di tali cinta
Lagu Warisan
Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Airmata darah Bercampur keringat Bumi dipijak milik orang Nenek moyang kaya raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa sesama lah kita Cinta lenyap di arus zaman Indahnya bumi kita ini Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Pribumi merintis sendiri Masa depan sungguh kelam Kan lenyap peristiwa semalam tertutup lah hati terkunci mati Maruah peribadi dah hilang Kini kita cuma tinggal kuasa Yang akan menentukan bangsa Bersatu lah hati bersama berbakti Pulih kembali harga diri Kita sudah tiada masa Bangunlah dengan maha perkasa Janganlah terlalai teruskan usaha 'Kita' kan gagah di nusantara
Lagu Penyair Dari Gunung
Akulah penyair yang turun dari gunung Beratus tahun telah kududuk di situ Beratus-ratus tahun Kini kuturun ke lembah, melihat manusia Kecil miskin, lagi hina Mereka hidup melata-lata Tanganmu kugenggam kujulang keudara Akan kujeritkan bagaikan halilintar Kebebasan abadi Akan kita susun perbarisan Menjulang keadilan Milik kita, milik semua Kita hidup bahagia